BERITA KAMPUNG JIRAN


Berita Utama

2 lemas main air banjir

Cetak

Oleh Rosliza Mohamed

Machang: Keseronokan bermain air banjir membawa padah apabila dua remaja terbunuh selepas bot yang mereka naiki bersama lima rakan terbalik di kolam ikan sedalam 2.4 meter di Kampung Pertok, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi sebelum mayat Muhammad Zulkhairi Ab Talib, 15, dan Mohammad Ariff Johan Mohd Noh, 13, ditemui kira-kira setengah jam kemudian oleh penduduk kampung.

Abang kepada Muhammad Zulkhairi, Mohd Zahari, 29, berkata sebelum itu sebaik selesai bersarapan, ibu mereka, Hanifah Mamat, 53, sudah menasihatkan adiknya supaya tidak keluar rumah.

“Adik tidak ke sekolah hari ini (semalam) kerana jalan ke sekolah ditenggelami banjir. Bagaimanapun, dia tetap keluar dan kira-kira jam 11 pagi, seorang jiran memaklumkan adik lemas,” katanya.

pertok 1

HANIFAH (tengah) ditenangkan ahli keluarga selepas mengetahui anaknya lemas.

pertok 2

PENDUDUK kampung menunjukkan tempat mangsa lemas.

Mayat pelajar Sekolah Menengah (SMK) Temangan dan SMK Pankal Meleret itu dibawa ke Klinik Kesihatan Temangan sebelum dirujuk di Hospital Machang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/27

– See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/2lemasmainairbanjir//Article#sthash.6eMUMPdB.dpuf


‘Tangan mereka terkapai-kapai’

Wartawan Sinar Harian
27 Februari 2013

lemas 1

Ibu mangsa pengsan apabila dimaklumkan anaknya gagal diselamatkan

 

lemas 2

 

 

 

 

 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

 

MACHANG- “Dia (Muhammad Zulkhairi Ab Talib) ada memberitahu rakan, dia nak main air sekali ini sahaja, lepas ni tak mahu main lagi,” cerita rakan mangsa lemas di Kampung  Pertok, Temangan di sini, semalam.

Khairul Azwan Ab Shari, 15, berkata, dia bersama enam rakan bermain air di kawasan tersebut menggunakan bot memandangkan air tenang, tidak seperti di kawasan lain.

Katanya, ada antara mereka mengetahui terdapat kolam ikan terbiar di kawasan itu, namun tidak rasa sebarang bahaya memandangkan mereka menaiki bot.

“Tiba-tiba keadaan bot tidak seimbang menyebabkan kami terjatuh. Empat daripada kami berjaya ke tebing manakala tiga yang lain masih dihanyutkan.

“Kami sedaya upaya menyelamatkan mereka dan meminta pertolongan penduduk, namun hanya seorang yang berjaya diselamatkan.

“Kami tidak tahu berenang, jadi tidak mampu tolong kedua-dua mangsa dengan cepat, walaupun melihat tangan mereka terkapai-kapai,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Temangan, semalam.

Turut hadir, Adun Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan; Ketua Polis daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot dan Pemangku Pegawai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya.

Tidak ketinggalan, Pengarah Dun Temangan, Azemi Mat Zin yang menziarahi mangsa di Hospital Machang semalam, sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian.

Tujuan lihat air

Khairul berkata, mereka tidak ke sekolah semalam memandangkan laluan utama ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan dinaiki air akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, mereka berjalan kaki melihat air naik, sebelum mencuba bot digunakan penduduk pada musim banjir yang disimpan di rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Ahmad Abu Bakar.

Menurutnya, dia serik dan tidak mahu bermain air banjir lagi masa akan datang.

“Kehilangan ini benar-benar mengejutkan kami dan ia berlaku sekelip mata,” katanya.

Ambil pemegang mop

Sementara itu, penduduk, Zainab Mohamed, 58, berkata, dia menyedari kejadian tersebut apabila melihat rakan mangsa mengambil kayu pemegang mop miliknya bagi membantu rakan mereka.

Katanya, pada masa sama, remaja itu turut memaklumkan kejadian tersebut sebelum dia berlari ke kedai makan berdekatan bagi meminta pertolongan orang ramai.

“Pada mulanya saya curiga, sebab ia berlaku sekelip mata, bimbang jika mereka bergurau. Apabila melihat mereka bersungguh, saya terus mendapatkan pertolongan orang ramai.

“Mujurlah, seorang daripada mereka berjaya diselamatkan penduduk,” katanya.

Menurutnya, kawasan itu mudah dinaiki air memandangkan lokasinya rendah, namun tidak terlalu dalam.

“Jika mereka tidak terjatuh ke dalam kolam terbiar itu, saya percaya mereka tidak akan lemas,” katanya.

Sempat melarang

Bapa mangsa, Ab Talib Deraman berkata, dia bertemu Muhammad Zulkhairi di jalan masuk rumah mereka dan melarangnya bermain air.

Namun, katanya, arwah memaklumkan, dia hanya akan berjalan-jalan bersama rakan melihat air di sekitar jalan raya sahaja.

“Selepas berjumpa dengannya, saya terus pulang ke rumah namun sebaik tiba, ada penduduk menelefon saya, memaklumkan kejadian ini.

“Saya bagaikan tidak percaya memandangkan baru beberapa minit berjumpa dengannya sebelum itu,” katanya.

Utamakan keselamatan

Sementara itu, Mohamed Fadzli berkata, orang ramai diminta mengutamakan keselamatan dan elak menjadikannya pesta bermain air.

“Perhatian penuh perlu diberikan kepada anak-anak, terutama yang masih kecil,” katanya.

Seorang lagi mangsa lemas dalam kejadian ini ialah Mohd Ariff Johan.

SH 27/02/2013 http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tangan-mereka-terkapai-kapai-1.134876

Lirik Lagu Rumah Kita -ND Lala


Lirik Lagu Rumah Kita -ND Lala

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita…

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja…

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa…

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita…

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya…

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.
Lirik Lagu Rumah Kita -ND Lala @ Lirikami

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/10/lirik-lagu-rumah-kita-nd-lala.html#ixzz2LKDA7Lgy